Take a fresh look at your lifestyle.

Allah Tidak Akan Mengubah Nasib Kita, Kecuali Kita Sendiri Berusaha Untuk Mengubah

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka",

Allah tidak akan mengubah nasib hambanya via https://www.nakbebel.my/2020/03/allah-tidak-akan-mengubah-nasib-kita.html
0 1.570

Dalam hidup ini bergantung kepada 3 perkara yang menentukan nasib kita iaitu tindakan, komitmen dan prinsip. Kalau kita mampu lakukan tiga perkara ini maka sangat jelas impian yang kita tetapkan selama ini akan mampu membuat kita tersenyum suatu hari nanti.

Walaupun ada orang kata yang pasang impian atau cita-cita adalah satu perkara mengarut dan tak masuk akal, tak perlu kita endah dengan cara pemikiran mereka. Orang seperti mereka ini hanya suka untuk melihat hasilnya sahaja berbanding proses yang dilalui orang-orang yang berjaya.

Pasanglah Impian Yang Besar

Bercita-citalah setinggi langit, walaupun kita terjatuh dari mengejar impian, mungkin kita akan terjatuh ketebing-tebing yang tinggi bukan pada jurang yang dalam. Kalau ada yang selalu berkata semua impian kita terlalu besar, biarkanlah dengan mereka. Teruskan berusaha kerana fikiran mereka terlalu kecil untuk dibandingkan dengan kita.

Bukan Impian Tinggi Yang Menjadi Penilaian Tapi Sejauh Mana Kita Berusaha Untuk Mendapatkan

Jangan takut untuk bercita-cita besar, berikan sepenuh komitmen kita walaupun ada ujian yang menghalang. Setiap ujian itu yang sebenarnya memberi kita kekuatan untuk terus mencari jalan yang jelas dalam mengejar impian. Kita kena ingat, Allah selalu melihat usaha-usaha hambanya, seperti dalam firman Allah dalam surah Ar-Ra’ad ayat 11,

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka”,

Jadikan petikan ayat ini untuk menguatkan semangat diri sendiri dalam melalui apa-apa situasi sekalipun dan jangan berputus asa kerana Allah membenci orang-orang yang berputus asa.

Jangan Mudah Mengalah Terhadap Kesulitan Hidup, Kerana Setiap Titisan Air Hujan Yang Jernih Datangnya Dari Awan Yang Gelap

Rajinkan diri untuk berfikiran baik-baik dalam menjalani hidup seharian, setiap jalan yang Allah berikan pastinya ada hikmah yang luar biasa.  Jangan pula kita mengeluh dalam jalani hidup, perkara seperti itu tak memberi makna dan penyelesaian langsung malah membuang masa yang banyak sahaja

Setiap masa yang kita ada, gunakan untuk terus berfikir, cari penyelesaian sehingga kita jumpa cara yang boleh kita usahakan. Biarpun tidak berhasil setelah kita mencuba, fikirkan lagi cara penyelesaian yang baru. Jangan mengalah kerana Allah memberi ujian dengan kadar kemampuan kita masing-masing.

Biarpun Gagal Selepas Penat Berusaha, Bukan Itu Yang Penting. Teruskan Berusaha Sehingga Tercapai Apa Yang Kita Inginkan

Jangan suka gunakan banyak alasan bila mengejar impian. Jangan termakan dengan kata-kata orang lain. Kita harus percaya pada diri sendiri dalam mengurus kehidupan kita tanpa membandingkan gaya hidup orang lain yang lebih selesa, lebih indah.

Walaupun kadangkala fikiran kita jadi buntu, perasaan jadi lemah,  rasa terkesan dengan kegagalan yang sering kali menyapa, kita perlu percaya bahawa Allah itu maha adil dan maha melihat. Yakinlah satu hari nanti, impian yang kita bayangkan, usaha yang telah kita lakukan pastinya akan membuahkan hasil. Jangan takut untuk terus konsisten.

Buktikan Yang Kita Boleh Berjaya

Walaupun pada saat kita dalam kesusahan dalam usaha mencapai impian ini tiada siapa yang berada di sisi, abaikanlah. Jangan mengharap sokongan daripada sesiapa pun. Teruskan berusaha mengejar impian sehingga suara kutukan orang lain selama ini berubah menjadi satu pujian dan disambut baik dari mereka. Buktikan pada mereka yang tidak pernah percaya selama ini, bahawa kita boleh lakukannya.

Sumber : https://www.nakbebel.my/2020/03/allah-tidak-akan-mengubah-nasib-kita.html

Leave A Reply

Your email address will not be published.

You cannot copy content of this page